Sunday 31 May 2015

Suatu Pernah

bibit ayat yang aku baca
nama yang tak pernah aku lupa
kini jumpa

nasib...ingat dah tak ada.

kadang kagum kita pada satu-satu individu akan jadi inspirasi dia.
bila hari-hari dia rasa macam satu dunia tak suka.

maka seratus mata aku hadiah untuk puisi yang pernah aku baca di ruang komen Fynn Jamal.
bertahun dulu dan terus jatuh cinta.

bukan pada orang
pada tulisan dia.

Kalaulah, dalam alternate universe, tiba-tiba terjumpa entri ni dek tuannya,
Nak pesan satu je.

Tulislah buku. Saya beli. Janji.

Pabila dipanah petir cinta..
Tubuh bagai direnjat voltan berjuta nilainya..
Tubuh tidak seksa, tidak lecur..
Walhal arus tidak henti-henti menziarah aku dari segala arah..

Ya, nadi hampir berhenti..
Kerana tidak percaya wujudnya cinta sebegini agung..

"Wahai petir, panahlah aku jangan berhenti!"


oleh Ahpeng Mohamad

No comments:

Post a Comment