Monday 30 June 2014

Menulis

Lain orang, lain coraknya.

Penulisannya,

Gaya penyampaiannya,

Penerimaannya.

Apa ada yang rindu sama tulisan aku?

Barangkali…aku pun kurang pasti.

Tapi yang penting,

Kalau aku tak sudi nak keluarkan apa yang ada dalam kepala aku.

Maka tak siapa lain mampu untuk paksa.

Takkan tertulis sendiri setiap satu fikiran dan monolog dalaman.

Yang membentuk kita sebagai kita.

Unik.

Hanya kita yang boleh jadi kita.

Remember,

and

Be happy,

just for that one simple fact.

Ribut

Kalau ikhlas, pasti kan jelas.

Terasa di hati, mempengaruhi emosi.

Senyum aku yang melebar dek keikhlasan mereka menghibur.

Ah, indahnya hidup andai mampu jadi 'selfless'…

Entahkan bila.

Tuesday 3 June 2014

Constant

"Kalau ada hal yang lebih penting, priority mana yang patut. Jangan kerana misi (baca: program) ,kerja lain tertunggak. Soft reminder."

Aku senyum, baca whatsapp daripada seorang sahabat berkenaan booking flight pada hari ada kelas untuk ke program luar bulan 10 nanti. Dan aku terfikir. Itu future. Kan ke kalau flight tu dah jadi constant, benda lain lah yang kita akan adjust untuk disesuaikan dengan satu constant tu.

Kalau ada kuiz, tunda atau awalkan.

Kalau ada assignment, siapkan siang-siang.

Kalau ada tanggungjawab program lain, dah tahu tarikh bercanggah, jangan ambik.

Tapi, bukan itu yang aku nak cerita.

Sebenarnya, kita selalu adjust diri kita mengikut orang. Sampaikan satu masa, yang tak elok pun kita terikut-ikut. Alasannya? Sesuaikan diri.

Memandangkan banyak petak kelabu yang wujud dalam hidup kita sehari-hari, kita jadi musykil untuk pilih. Nak flexible ke nak rigid?

Bila kita pilih untuk rigid misalnya dalam isu 'bonding' dengan rakan sekerja bukan sama jantina. Tapi orang lain pandang kita macam keputusan tu salah sebab mereka pilih flexible. Apa kau nak buat?

Bila kita pilih untuk flexible misalnya dalam isu bekerja dalam perbankan conventional. Tapi orang lain pandang kita macam keputusan tu salah sebab mereka pilih rigid. Apa kau nak buat?

Di sinilah, kau kena belajar untuk jadi CONSTANT.

Malar yang tak berubah yang mana benda tu kau dah percaya betul dan kau ada pendirian kau kenapa kau pilih satu-satu jalan tu.

Kau kena belajar yang SEMUA ORANG ada pendapat. Ada pandangan.

Dan KAU juga perlu ada perspektif yang tersendiri.

Biar orang nak kata apa. Selagi benda tu tak bercanggah dengan Syari'ah. Jadilah seorang yang constant. Dan biar orang lain yang adjust kepada kau.

Sebab kalau kau asyik nak ikut orang, kau akan mudah untuk jatuh terjelepuk atas tanah.

Be your own person. 

If you can't have your own standings, how do you expect to stand at all?